Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik, namun pada masa ini pihaknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.
"Soal MN bergantung kepada siapa yang akan memimpin parti, yang ambil jalan untuk 'mufarakah' (keluar), tapi mungkin jika ada pertukaran pemimpin, hala tuju akan berubah," katanya selepas Sesi Pengenalan Calon Pemilihan Umno Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Nerus, hari ini.
Muafakat Nasional Berkubur.. Ini Buktinya?
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini MN yang dibentuk pada 2019 melibatkan kerjasama atara Umno dan PAS.
Ditanya adakah MN telah berkubur, beliau berkata: "Ia masih di air tapi sama ada masih timbul atau tenggelam bergantung kepada kekuatan kakinya yang telah patah. Dulu patah sebelah, sekarang patah satu lagi," katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihaknya akan terus mengambil pendekatan berfikiran secara progresif demi kepentingan ummah. - bernama
Maklumat lanjut Inisiatif Pendapatan Rakyat
Daftar sekarang Insiatif Pendapatan Rakyat
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..