“Saya telah memutus warkah kepada Tuan Yang Terutama Melaka untuk menerima peletakan jawatan Sulaiman.
Ditanya sebab peletakan jawatan itu, Zahid berkata Sulaiman bertindak demikian susulan isu kesihatan, tanpa menghuraikan lanjut.
Terdahulu Setiausaha Kerajaan Negeri Zaidi Johari berkata ketua menteri baru akan mengangkat sumpah jawatan esok susulan peletakan jawatan Adun Lendu Sulaiman Md Ali.
Ketua Menteri Melaka Yang Baharu
Istiadat pengurniaan sura tcara pelantikan dan angkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah simpan rahsia dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri pada jam tiga petang.
Spekulasi pertukaran ketua menteri negeri itu mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan melibatkan Rauf.
Isu pertukaran pemimpin negeri itu mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri pada 20 November 2021.
Pada 27 Mac lalu, Zahid mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri. - mk
Maklumat lanjut Inisiatif Pendapatan Rakyat
Daftar sekarang Insiatif Pendapatan Rakyat
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..