Ismail Sabri berkata, Ahmad Zahid perlu menjelaskan perkara itu kerana terdapat laporan media yang bercanggah mengenai kandungan surat ROS itu.
“Satu kata ROS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru. Saya pun baca laporan media juga,” kata bekas perdana menteri itu dipetik Berita Harian.
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata dia tidak mempertahankan jawatan sebagai naib presiden kerana percaya keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi Umno adalah tidak selaras dengan perlembagaan parti.
Ismail Sabri Cabar Zahid Hamidi
Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Umno telah menerima surat daripada menteri dalam negeri yang mengesahkan ROS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Pada 20 Jan lalu, dua ahli Umno memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung ketetapan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu.
Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dan Aizat Fikri Mohd Nasir mendakwa resolusi itu tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..