Menurut laporan Sinar Harian, exco kebajikan Terengganu itu merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan video yang membuat tuduhan palsu kepadanya.
Katanya, menu di restoran berkenaan berupa sepinggan nasi bersama seekor ikan goreng, kobis, ayam goreng dan telur goreng.
ADUN Chukai Nafi Hina Menu Rahmah
"Harga untuk dua orang makan adalah sebanyak RM15 dan jika ia Menu Rahmah takkanlah harganya sampai RM15.
"Apa yang saya cuba sampaikan adalah saya makan nasi kena ada kuah, jadi saya curah air oren ke dalam pinggan dan saya tidak menyebut langsung pasal Menu Rahmah," katanya.
Hanafiah memberikan masa dua hari terhadap pihak yang melemparkan tuduhan terhadapnya untuk memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang.
Adun Chukai itu berkata kontroversi itu tercetus kerana ada cubaan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai wakil rakyat.
PRN dah hampir
"Ini semua strategi nak menjatuhkan saya kerana PRN (Pilihan Raya Negeri) sudah pun hampir dan saya sudah mendapatkan pandangan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan saya.
"Berkenaan video yang dikatakan sudah tiada di akaun TikTok , saya tak 'delete' pun cuma 'hide' sementara atas nasihat peguam," katanya.
Terdahulu, dalam video berkenaan, Hanafiah dilihat mengadu tentang kekurangan hidangan nasi campur yang dimakannya.
ADUN Chukai Nafi Hina Menu Rahmah
"Ikan seekor, sayur dua butir, kuah tak ada pula.
"Ini minta kuah dia, aku bubuh hah," keluhnya.
Hanafiah kemudian menuangkan kuah dalam cawan ke dalam hidangannya itu.
"Ni ha kita curah air oren. Jadilah hah," katanya lagi.
Video tersebut mendapat kecaman banyak pihak, termasuklah beberapa Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman. -mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..