Ikmal Hazlan yang juga anak kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz daripada Perikatan Nasional (PN) menyerahkan borang pencalonannya hari ini di ibu pejabat Umno, di Kuala Lumpur.
"Justeru, menginsafi perkara itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dengan rendah diri menawarkan diri sebagai calon naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia bagi sesi Pemilihan Umno 2023/2026.
Punca Anak MP Bersatu Bertanding Umno Tersebar?
"Saya mohon sokongan dan kepercayaan dari seluruh perwakilan pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Kepada Allah saya berserah," katanya dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.
Untuk rekod, Ikmal Hisham merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah dan memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket BN.
Bagaimanapun dia meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin.
Pada PRU15 lalu, Ikmal Hisham bertanding atas tiket Bersatu dengan menggunakan logo PAS.
Sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) Ikmal Hisham dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan.
Dia pernah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan memberi surat sokongan kepada anaknya Ikmal Hazlan yang juga Exco Pemuda Umno untuk mendapatkan tempat dalam syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga).
Punca Anak MP Bersatu Bertanding Umno Tersebar?
Surat berkenaan dihantar kepada Menteri Pertahanan ketika Ismail Sabri Yaakob agar Ikmal Hazlan dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah Pharmaniaga.
Selepas isu berkenaan tular, Ikmal Hisham mendakwa dia menghantar surat lain untuk meminta agar surat sokongan terdahulu dibatalkan. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..