Menurut laporan New Straits Times, Pengerusi PN yang juga bekas perdana menteri itu akan dipanggil dalam masa terdekat.
Menurutnya, beberapa pemimpin Bersatu juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk bendahari parti itu.
Sumber berkenaan turut mengesahkan SPRM telah membekukan dua akaun milik Bersatu yang berbaki RM40 juta.
Muhyiddin Bakal Diheret Ke Penjara?
"Hasil pemeriksaan menunjukkan semua penyumbang kepada parti terbabit adalah kontraktor yang menerima kontrak kerajaan ketika pentadbiran Muhyiddin," katanya.
Dilaporkan kontraktor terbabit dikenal pasti selepas SPRM menyiasat beberapa akaun milik Bersatu yang dibekukan hujung bulan lalu.
Bersatu sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta daripada kontraktor berkenaan sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti.
Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin parti itu dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.
Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik parti itu.
Muhyiddin Bakal Diheret Ke Penjara?
Katanya pembekuan akaun itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ketika pandemik Covid-19. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..