Dalam notis tuntutan dikeluarkan awal hari ini, ahli parlimen Tambun itu mendakwa ahli parlimen PAS itu mengeluarkan kenyataan yang memfitnahnya, tiga hari lalu.
Peguam pengerusi PH itu, Sankara Nair mengesahkan notis tuntutan berkenaan.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Awang enggan mengulas mengenai perkara itu.
Pada 22 Februari lalu, adalah dilaporkan Anwar menghantar surat tuntutan pertama kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu atas dakwaan berbeza, iaitu menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen PAS Bakal Mohon Maaf Terbuka Kepada Anwar?
Menurut notis tuntutan kedua, Anwar berkata Awang, antara lain membuat kenyataan yang mendakwa dirinya tidak mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong serta memperdaya orang ramai serta Seri Paduka berhubung sokongan majoriti itu.
Menteri Kewangan itu berkata, kenyataan itu "menghina" institusi Raja-raja Melayu kerana didakwa mempersoalkan kebijaksanaan Seri Paduka melantiknya sebagai perdana menteri pada 24 Nov tahun lepas. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..