Menurut Mohd Khairuddin Aman Razali, penubuhan majlis ulama berkenaan adalah selaras dengan pindaan perlembagaan yang dibuat Umno pada 2019 bagi meletakkan Islam sebagai cita-cita perjuangan mereka.
"Selain itu ia juga dapat membantu usaha memperkasakan amalan Islam dalam kalangan ahli parti," katanya hari ini.
Terdahulu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan rancangan parti itu menubuhkan majlis ulama secepat mungkin bagi menghadapi realiti baru politik negara.
Umno Tubuhkan Majlis Ulama
Ia dinyatakan Ahmad Zahid semasa menyampaikan ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pagi tadi.
Mohd Khairuddin berkata majlis ulama itu juga nanti boleh memberikan pandangan dan nasihat kepada kerajaan persekutuan dan negeri dari semasa ke semasa.
"Tahniah kepada Umno khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid," katanya. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..