Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengesahkan siasatan akan diteruskan walaupun jurulatih berkenaan telah memohon maaf, manakala salah seorang bapa kepada remaja tersebut telah menerima permohonan maaf berkenaan.
"Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq dan saya sepakat dalam hal ini," ciap Yeoh.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 14 Dis lalu semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja U14 Malaysia ke-20 ketika perlawanan antara pasukan Melaka dan Johor.
Status Kes Jurulatih Bola Tampar U14 Melaka
Jurulatih itu didakwa berang selepas pasukannya tidak mempamerkan aksi seperti yang diharapkan.
Shanmugam berkata pada Isnin lalu bahawa Persatuan Bola Tampar Melaka akan menentukan nasib jurulatih itu.
Semalam, bapa kepada salah seorang pemain yang ditampar itu berkata, anak perempuannya mahu jurulatih itu dikekalkan. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..