Tuesday, 10 January 2023

Beruang Ancam Kubur Orang Asli

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mula memasuki kawasan Pos Balar di Musang bagi memburu beruang yang didakwa mengancam keselamatan penduduk kawasan terbabit

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, berkata perjalanan untuk memasuki pos berkenaan mengambil masa selama lima jam dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Hal itu kerana, katanya, perjalanan mereka akan mencabar memandangkan cuaca hujan yang menyebabkan jalan ke kawasan berkenaan agak teruk.

"Sekiranya kami dapat memasuki kawasan itu, antara langkah yang akan dilakukan dengan memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) untuk memastikan beruang liar itu tidak datang, selain memasang perangkap jejak.

"Kami juga menasihatkan penduduk kampung terutama Orang Asli agar tidak sesekali menghampiri atau mengambil tindakan sendiri terhadap beruang liar sekiranya ternampak binatang itu.

"Ini kerana kita tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan kemunculan seekor beruang dewasa di Kampung Dakoh, di Pos Balar yang membimbangkan lebih 100 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar kerana haiwan itu didakwa memusnahkan kubur dan memakan mayat.

Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Dis lepas dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Dis.

Menurut Mazlan dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek.

Dalam kejadian itu, penduduk mendakwa beruang terbabit menggali kubur mendiang Amek Along, 48, selain memakan sebahagian badannya.

Duda kepada mendiang Amek, Mazlan Aluij, 50, berkata dia menyedari kejadian kubur mendiang isterinya digali haiwan liar itu kira-kira jam 9.20 pagi pada 27 Dis lalu.

Sementara itu ditanya mengenai ancaman gajah yang melanda penduduk di Gua Musang, Mohamad Hafid berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk termasuk video tular menyaksikan gajah mengambil makanan dari tingkap dapur.

Bagaimanapun kini katanya, gajah berkenaan sudah lari ke dalam hutan. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo
nucleus-token-banner-2




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan