Tuesday, 17 January 2023

BERSATU Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

BERSATU Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah | Bersatu akan mengambil tindakan undang-undang berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang membenarkan empat bekas ahli Parlimen Bersatu di Sabah mengekalkan kerusi masing-masing.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata Johari jelas membuat tafsiran khilaf berhubung kedudukan kerusi ahli Parlimen itu yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Menurut Muhyiddin, Johari memutuskan bahawa mereka telah menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober tahun lalu dan sekali gus menyaksikan keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu itu selaras dengan Fasal 10.2.3 perlembagaan parti tersebut.

Klausa itu menyebut bahawa keahlian seseorang dalam Bersatu ditamatkan serta-merta selepas pengumuman keluar parti atau tindakan menyertai "parti politik lain".

BERSATU Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

Muhyiddin berhujah bahawa Fasal 10.2.3 tidak terpakai kepada keempat-empat wakil rakyat itu kerana mereka adalah ahli Bersatu dan parti berkenaan adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.

“Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” katanya.

Dalam surat itu, ia jelas menyenaraikan empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon GRS dari parti Bersatu, kata Muhyiddin, sambil menambah surat-menyurat itu telah diserahkan kepada Johari sebagai bukti.

"Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.

"Saya percaya mahkamah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang berkepentingan," katanya.

Pada 28 Disember tahun lalu, ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee menulis kepada Johari dan mendakwa empat ahli Parlimen - Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) - perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

BERSATU Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

Ini kerana keempat-empat mereka telah melanggar Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan apabila membuat pengumuman untuk keluar daripada Bersatu pada 10 Disember tahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada siasatannya, Johari memohon penjelasan daripada keempat-empat mereka.

Semalam, Johari menulis kepada semua pihak terlibat memaklumkan bahawa aduan Ronald tidak sah dan keempat-empat boleh mengekalkan kerusi masing-masing.

Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.” - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo
nucleus-token-banner-2




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan