Hashim Hamzah dalam penghakimannya berkata keputusan itu dibuat kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
"Hanya menteri berkuasa untuk membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat undang-undang kunci tayar dan dalam kes ini mahkamah dapati tiada kebenaran diberikan," katanya dalam penghakiman yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
Undang-Undang 'Clamping' Majlis Perbandaran Kota Bharu Tidak Sah
Turut bersidang ialah hakim Abdul Karim Jalil dan Supang Lian.
Perayu dalam kes tersebut, Nursyafawati Kasim, diwakili peguam diketuai Hisham Fauzi, Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing.
MBKB-BRI selaku defendan pula diwakili peguam Marwalis Adam dan Shaharuddin Mohamed.
Sementara itu Hisham berkata, mahkamah bagaimanapun memutuskan bahawa Perintah 8 di bawah perintah yang sama masih sah dan MPKB-BRI masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan letak kereta.
"Susulan keputusan ini, maka pihak MPKB-BRI tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak parkir dan hanya boleh mengenakan kompaun sahaja.
Undang-Undang 'Clamping' Majlis Perbandaran Kota Bharu Tidak Sah
"Tindakan kunci tayar hanya boleh dikenakan sekiranya kenderaan diparkir di kawasan larangan atau bukan di petak parkir yang disediakan.
"Dalam keputusan hari ini mahkamah turut membenarkan kos RM5,000 terhadap MPKB-BRI kepada anak guam kami," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..