Beliau berkata, apabila agama dipolitikkan maka agama akan difahami secara mendalam dari sudut kepentingan parti politik tertentu.
“Kerana menganggap hanya parti tertentu sahaja yang Islamik dan yang lain tidak,” kata beliau ketika dihubungi.
Beliau mengulas dakwaan yang dikeluarkan oleh Datuk Ahmad Yahya yang juga merangkap Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) yang menyebut langkah menghalang para asatizah menyampaikan ilmu agama di masjid hanyalah merugikan umat Islam dan dalam keadaan perkembangan masyarakat yang semakin moden ketika ini, ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
Punca Ustaz Disekat Ceramah Di Masjid Tersebar
Beliau tidak menolak ramai dalam kalangan mereka yang berceramah menitik beratkan ilmu agama milik pendakwah sebegitu telah dicemari pemahaman politiknya.
“Ini boleh menghasilkan perbalahan dan perpecahan yang akan merugikan umat Islam dan negara ini,” kata beliau.
Justeru, beliau berkata adalah lebih elok dan sesuai para penceramah tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan masyarakat yang dibina. - malaysia dateline
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..