Tuesday, 13 December 2022

6 Ujian Kerajaan Perpaduan Yang Di Pertuan Agong

6 Ujian Kerajaan Perpaduan Yang Di Pertuan Agong | Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim perlu melalui enam ujian sepanjang penggal pertama pentadbirannya untuk membuktikan bahawa mereka mampu bertahan selama lima tahun dan pilihan raya negeri adalah ujian terakhir, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, pemilihan speaker Dewan Rakyat pada 19 Disember ini adalah ujian pertama, yang dikuti dengan usul percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditetapkan pada hari berikutnya.

Turut dalam senarai itu ialah usul menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Parlimen, yang merupakan dasar-dasar kerajaan untuk tahun tersebut; kelulusan Belanjawan 2023 dan pemilihan semasa perhimpunan Agung Umno.

“Sekiranya kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim dapat bertahan berhadapan dengan lima ujian ini dalam beberapa bulan yang akan datang, kerajaan ini akan berhadapan dengan ujian keenam - pilihan raya umum di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

6 Ujian Kerajaan Perpaduan Yang Di Pertuan Agong 

“Perikatan Nasional (PN) akan mencuba sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan di enam-enam negeri ini untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim,” kata Lim dalam satu kenyataan media, hari ini.

Malah, menurutnya, Pengerusi PN Negeri Sembilan telah mengumumkan yang PN Negeri Sembilan menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 19 dari 36 kerusi DUN untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri.

Lim seterusnya menggesa gabungan itu supaya tidak memandang ringan ancaman PN pada pilihan raya negeri lebih-lebih lagi dengan ramalan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa PH akan kehilangan beberapa kerusi di Pulau Pinang.

“Walaupun perkara ini tidak mengancam kawalan PH ke atas negeri tersebut, pegangan gabungan ini terhadap Pulau Pinang tidak akan menjadi sekuat sebelum ini.

6 Ujian Kerajaan Perpaduan Yang Di Pertuan Agong 

“PH perlu merangka program untuk memastikan supaya mereka tidak kehilangan kerusi kepada PN, sebaliknya, mencatatkan prestasi yang lebih baik di enam negeri ini berbanding dengan prestasi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini,” kata Lim. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo
nucleus-token-banner-2




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan