Wednesday, 9 November 2022

Pesuruhjaya PAS Perak Bakal Muflis?

Pesuruhjaya PAS Perak Bakal Muflis? | Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang menuduhnya mempunyai agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.

Tuntutan itu disampaikan dalam surat tuntutan (LOD) bertarikh semalam daripada peguam Anwar, SN Nair & Partners.

Razman pada Ahad berulang kali memberi amaran kepada orang yang lalu lalang semasa berkempen di pasar malam Tebuk Pancur supaya tidak mengundi PH dan BN.

Dia mendakwa Anwar yang mengetuai PH adalah seorang yang mempunyai agenda LGBT yang mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Dia juga mendakwa Anwar akan menyerahkan kuasa kepada DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak Bakal Muflis?

Dalam surat tuntutan itu, ia menyatakan bahawa kenyataan Razman itu - disifatkan memfitnah - menggambarkan Anwar antara lain sebagai seorang yang tidak berprinsip, korup, manipulatif, pro-komunisme, pro-sosialisme, seorang yang berkelakuan menyeleweng, dan seorang Muslim yang jahat.

Razman diberi masa tujuh hari dari tarikh menerima surat untuk menjawab tuntutan Anwar.

Selain ancaman undang-undang, polis juga sedang menyiasat kenyataan Razman selepas laporan dibuat oleh PKR.

Sementara itu, Razman memberitahu Malaysiakini bahawa dia belum menerima surat tuntutan itu.

"Kita tunggu dan lihat," katanya.

Mengulas tanggapan yang menyifatkan ucapannya sebagai fitnah, dia menjawab: “Kita tunggu dan lihat. Lihat kembali 22 bulan ketika Pakatan Harapan memerintah…” - mk


Addin : Sekiranya saman fitnah ini gagal dan Razman tidak mampu membayarnya. Razman berhadapan tindakan kebankrapan.



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo
nucleus-token-banner-2




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan