Friday, 4 November 2022

Jamal Yunos Bakal Hilang Kelayakan Bertanding PRU15?

Jamal Yunos Bakal Hilang Kelayakan Bertanding PRU15? | Penyandang kerusi Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya membatalkan pencalonan Jamal Md Yunos untuk bertanding pada pilihan raya di kerusi Sungai Besar.

Dalam suratnya kepada pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh, Kok berkata dia telah memulakan prosiding kebankrapan ke atas Jamal pada 30 Ogos lalu berdasarkan kepada penghakiman yang diterimanya pada 26 Julai.

"Jamal masih belum menyelesaikan penghakiman tersebut dan prosiding kebankrapan saya terhadap beliau masih sedang berlangsung,” kata Kok kepada Abdul Ghani.

Sehubungan itu, Kok menggesa SPR menolak Jamal daripada menjadi calon semasa proses penamaan calon esok.

Semasa proses penamaan calon, pihak polis dan wakil jabatan insolvensi akan hadir untuk menapis calon.

Jamal Yunos Bakal Hilang Kelayakan Bertanding PRU15?

Menurut Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan, seseorang individu hilang kelayakan untuk menjadi ahli parlimen jika adalah “seorang bankrap belum lepas” atau banduan yang telah menjalani hukuman penjara lebih satu tahun atau didenda lebih RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.

Menurut notis kebankrapan Kok, Jamal berhutang RM351,479.45.

Pada 25 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jamal supaya membayar RM300,000 kepada Kok sebagai ganti rugi berhubung ucapannya pada 2017 yang mendakwa ahli parlimen DAP itu menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Jamal membuat laporan kepada SPRM dengan tuduhan yang sama, sehingga menyaksikan serbuan di pejabat Kok. Tiada pertuduhan dikenakan terhadap Kok. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





1 comment:

  1. Players may also benefit from the Choose Your Fortune Bonus and the 243 ways to win on this thrilling sport. As a mychoice member, you earn advantages like Free SlotPlay, reductions for dining and lodging, properly as|in addition to} comps, bonus entries into promotions, and unique invites to particular occasions. The trade 메리트카지노 additionally be|can be} getting ready for the eventual deterioration of its key middle-aged demographic and competitors from free-to-play cell video games. "People solely have so much leisure time and there’s lots of activity on iPhones," Price advised me. At one level within the Bally’s warehouse, Trask stated, "You know how you get folks youthful to gamble? Hand them a fucking phone." "We are the envy of in all probability each client products trade on the market."Every on line casino today has a type of the information system invented at Harrah’s — most of them are now are|are actually} constructed by Bally.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan