Wednesday, 5 October 2022

Setapak Kuala Lumpur Lubuk Doktor Gigi Palsu

Setapak Kuala Lumpur Lubuk Doktor Gigi Palsu | Setapak, Kuala Lumpur dikenalpasti sebagai lokasi panas atau ‘hot spot’ bagi doktor-doktor gigi palsu menjalankan kegiatan haram mereka.

Doktor gigi tidak bertauliah ini dilihat semakin aktif mempromosikan perkhidmatan mereka menerusi media sosial.

Apatah lagi selepas pihak berkuasa berjaya membuat serbuan ke lokasi berkenaan dan mendapati lokasi di ibu kota itu adalah lubuk bagi kegiatan haram ini.

Sebanyak 10 serbuan telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas premis pergigian tidak bertauliah di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Baru-baru ini, KKM melakukan serbuan di Setapak, Kuala Lumpur dan difahamkan Setapak ini adalah lubuk bagi doktor gigi palsu.

Setapak Kuala Lumpur Lubuk Doktor Gigi Palsu

“Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai doktor gigi tanpa tauliah ini, boleh kemukakan (maklumat) kepada KKM untuk kita lakukan serbuan.

“Saya beri jaminan sekiranya kita mendapat apa-apa laporan, pihak berkuasa akan terus membuat serbuan,” katanya pada sidang media semalam.

Tambah Khairy, beliau memberi amaran kepada mana-mana perubatan pergigian haram, jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM 300,000 atau pejara sehingga 6 tahun atau kedua-duanya dibawah Akta Pergigian 2018. - md




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan