Tuesday, 18 October 2022

Ejen Mossad Israel Beroperasi Di Malaysia?

Ejen Mossad Israel Beroperasi Di Malaysia? | Kes melibatkan operasi Israel memburu aset Hamas, kumpulan bersenjata Palestin, di bumi Malaysia telah dibawa ke mahkamah, kata polis.

“Tiada maklum balas buat masa ini memandangkan kes telah dituduh di mahkamah.

“Jika ada, kami akan kongsikan,” kata Unit Komunikasi Korporat, Bukit Aman ketika diminta mengulas laporan NST hari ini.

Awal pagi tadi, akhbar itu melaporkan melaporkan, ejen Mossad–agensi perisikan Israel–menjalan operasi di Malaysia, dalam perang mereka terhadap Hamas yang dilabel sebagai pengganas.

Menurut akhbar itu, mereka dipercayai merekrut penduduk tempatan untuk membantu rejim Yahudi itu untuk anggota Hamas.

Operasi dikatakan berlaku pada jam 10 malam, 28 September lalu, apabila dua pakar pengaturcaraan komputer Palestin memasuki kenderaan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas makan malam di sebuah pusat beli-belah.

Ejen Mossad Israel Beroperasi Di Malaysia?

Ejen Mossad sebelum itu dilapor menggunakan rakyat Malaysia untuk mengesan dan menculik rakyat Palestin yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged Izz ad-Din al-Qassam.

Memetik sumber “yang mengetahui kes itu”, NST melaporkan  “Israel ingin tahu tentang pengalaman lelaki itu dalam pembangunan aplikasi komputer, kekuatan Hamas dalam membangunkan perisian, informasi mengenai anggota Briged Al-Qassam dan kekuatan mereka.”

Soal siasat itu dijalankan selama kira-kira sehari sebelum pihak berkuasa Malaysia menyerbu tempat kurungan dan menahan mereka yang didakwa bertanggungjawab menculik mangsa. 

Difahamkan ketika polis menyelamatkan lelaki Palestin tersebut, dia mengalami pelbagai kecederaan.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini terjadi. 

Ejen Mossad Israel Beroperasi Di Malaysia?

Pada 2018, jurutera elektrik kelahiran Gaza, Fadi Mohammed al-Batsh ditembak mati oleh dua penunggang motosikal ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh di Kuala Lumpur. 

Kejadian itu juga dipercayai dijalankan oleh agensi perisikan Israel. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan