Zahid berkata MPN tidak mempunyai fungsi yang jelas dan bertindih dengan agensi kerajaan lain dan hanya digunakan Muhyiddin sebagai platform propaganda politiknya.
"Selain itu, pengerusi MPN yang bukan perdana menteri dilihat melemahkan majlis itu sendiri. Meskipun MPN dianggotai pakar... namun keberadaan pengerusi MPN yang bukan ketua eksekutif menjadi sebab pelaksanaan cadangan majlis itu kurang tekad politik dan mungkin juga dilihat tidak perlu.
"Pengerusi MPN pula menggunakan majlis itu sebagai platform untuk mengabsahkan propaganda politiknya. Sering sahaja di kempen politik PRN Melaka dan PRN Johor, dia menggunakan cadangan MPN sebagai peluru politik dalam kempennya dengan menggambarkan seakan kerajaan akan gagal jika cadangannya tidak dilaksanakan," kata Zahid dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Zahid Hamidi Gesa MPN Dipengerusikan Muhyiddin Dibubarkan
Dia mengulas Muhyiddin semalam yang membalas kritikan bahawa MPN yang dipengerusikannya gagal memberi impak yang berkesan kepada negara.
Menurutnya, peranan MPN hanyalah untuk memberi nasihat dan banyak syor yang dikemukakan majlis itu tidak dilaksanakan kerajaan, antaranya berkaitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MPKS).
Membalas kenyataan itu, Zahid berkata Muhyiddin tidak sepatutnya merungut jika ada cadangan MPN yang ditolak.
"Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik...Dengan kerajaan yang melaksanakan 16 daripada 69 cadangan MPN, menunjukkan kerajaan masih mengambil serius pandangannya meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih," katanya.
Katanya lagi, jika BN menang dalam PRU15, majlis seperti MPN tidak lagi diperlukan kerana peranan kerajaan, swasta dan NGO sudah memadai untuk membangunkan negara. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..