Tuesday, 20 September 2022

Yang Di Pertuan Agong Ada Kuasa Tangguh PRU Di Musim Tengkujuh

Yang Di Pertuan Agong Ada Kuasa Tangguh PRU Di Musim Tengkujuh | Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk menyekat pilihan raya umum (PRU) akan datang jika ia diadakan semasa musim tengkujuh kerana ia mengancam keselamatan rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata ia boleh dilakukan di bawah Artikel 40(2) (b) Perlembagaan Persekutuan jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen.

"Adakah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, akan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia tidak memberi perkenan untuk permintaan pembubaran Parlimen sekiranya Perdana Menteri Ismail Sabri, bertindak secara tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira kesan terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat musim tengkujuh dan bencana banjir untuk memohon pembubaran Parlimen?

Yang Di Pertuan Agong Ada Kuasa Tangguh PRU Di Musim Tengkujuh

"Kemungkinan ini perlu dipertimbangkan sekarang memandangkan yang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, telah mengatakan yang para pemimpin Umno bersedia untuk meredah air banjir sekiranya PRU ke-15 diadakan semasa musim tengkujuh dan semasa negara berhadapan dengan bencana banjir," katanya.

Tambah Lim, baginda mempunyai alasan yang munasabah untuk tidak memperkenankan pembubaran parlimen sekiranya PRU diadakan pada musim tengkujuh.

"Artikel 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budi bicara kepada Yang di Pertuan Agong untuk 'tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen' dan cubaan mengadakan PRU ke-15 ketika mana negara berhadapan dengan musim tengkujuh dan bencana banjir tanpa mengambil peduli terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa yang mungkin berlaku, adalah sebab yang kuat untuk baginda menolak permintaan pembubaran Parlimen ini.

"Saya telah katakan semalam, pada tahun lepas, negara kita menanggung kerosakan yang bernilai hampir RM6.5 billion akibat bencana banjir di Lembah Klang dan beberapa negeri di seluruh negara, dengan sejumlah 54 korban nyawa," katanya.

Lim kemudian bertanya sama ada Zahid masih berkeras untuk menggesa PRU pada musim tengkujuh, tanpa mengambil kira kos harta benda dan nyawa manusia.

Yang Di Pertuan Agong Ada Kuasa Tangguh PRU Di Musim Tengkujuh

Zahid sebelum ini dikritik kerana berkata BN bersedia mengharungi banjir jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.

Susulan itu, Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa berkata kenyataan pengerusi BN itu telah disalahtafsirkan.

Katanya, Zahid sebenarnya merujuk kepada kesiapsiagaan jentera pilihan raya BN menghadapi PRU15 dalam apa jua keadaan. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan