Monday, 12 September 2022

Sokongan Terhadap PAS Makin Berkurangan.. Ini Buktinya?

Sokongan Terhadap PAS Makin Berkurangan.. Ini Buktinya? | Umno tidak wajar bekerjasama dengan PAS berikutan parti Islam itu dilihat semakin tidak disukai ramai, termasuk dalam kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.

PAS tidak lagi seperti dulu sebaliknya kini berpolitik tanpa memahami realiti semasa, kata seorang penganalisis.

PAS tidak lagi seperti dulu sebaliknya kini berpolitik tanpa memahami realiti semasa, kata seorang penganalisis.

Penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff berkata, kenyataan-kenyataan PAS dilihat hanya beranggapan mereka betul dan menggunakan dalil yang bersesuaian dengan kehendak mereka turut menyebabkan orang Melayu menjauhi PAS.

“Perkara ini menyebabkan orang Melayu turut benci dengan PAS. Rakyat melihat sendiri betapa teruknya PAS menunggang agama; prestasi teruk PAS di negeri yang mereka perintah; pemimpin PAS bercakap tanpa adanya hala tuju jelas; dan betapa tidak berdayanya menteri-menteri PAS dalam jemaah menteri.

Sokongan Terhadap PAS Makin Berkurangan.. Ini Buktinya?

“Rakyat tak nampak apa khazanah ditinggalkan oleh PAS dalam perjuangannya untuk negara pada hari ini melainkan hanya untuk memecahkan pemikiran orang Melayu dan Islam,” katanya.

Justeru, Agus berkata hanya pemimpin Umno yang percaya bahawa mereka akan kalah (dalam PRU15) sekiranya tidak bersama PAS sahaja akan masih mahukan kerjasama dengan parti berkenaan, manakala pemimpin Umno yang berpegang kepada prinsip Umno pasti menolaknya.

“Pemimpin Umno yang berpegang kepada semangat perjuangan asal Umno pasti tidak mahu bekerjasama dengan PAS, kerana PAS bukan lagi seperti dahulu iaitu sebuah parti yang mahukan negara kebajikan (dan) meraikan orang bukan Melayu di Malaysia…pada hari ini PAS berpolitik tanpa memahami realiti semasa,” katanya.

Selain itu, Agus juga membayangkan PAS akan kalah pada PRU15 sekiranya bertanding sendirian atau bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), selain turut membayangkan parti itu bakal kehilangan tampuk penguasaan di Kedah dan Terengganu.

Sokongan Terhadap PAS Makin Berkurangan.. Ini Buktinya?

“Kalau di Terengganu dan Kedah, hayat PAS sebagai kerajaan negeri akan berakhir kerana tiada apa-apa perkara yang membanggakan dibawa oleh PAS di kedua-dua negeri tersebut,” katanya. - fmt




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan