Thursday, 15 September 2022

Samy Vellu Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

Samy Vellu Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun | Bekas presiden MIC dan menteri kabinet S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 7 pagi tadi.

Perkara itu diumumkan oleh bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam, yang juga bekas presiden MIC, dalam satu hantaran Facebook pagi ini.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu mantan presiden MIC dan menteri legenda dalam kabinet Malaysia daripada anaknya DS Velpari.

"Bagi kebanyakan kami, dia adalah mentor utama.

"Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami," katanya.

Sementara itu, Bernama memetik bekas setiausaha akhbar Samy Vellu, E Sivabalan sebagai berkata orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian di rumah mendiang beralamat di No 19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, selepas jam 2 petang hari ini.

Samy Vellu Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

Sivabalan dalam satu kenyataan ringkas bagi pihak keluarga berkata mayat mendiang Samy Vellu akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Cheras esok.

“Keranda akan dibawa meninggalkan kediaman pada pukul 3 petang esok dan dijangka tiba di krematorium pada pukul 4 petang,” katanya.

Samy Vellu mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada 1959 apabila dia menyertai MIC cawangan Batu Caves.

Dia menjadi presiden MIC pada 1979, jawatan yang kemudian disandangnya selama lebih 30 tahun sehingga 2010.

Samy Vellu pertama kali memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput pada 1974 dan mengekalkannya selama lapan penggal sehingga Mac 2008, apabila dia tewas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga perdana menteri iaitu Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi dari 1978 hingga 2008.

Samy Vellu Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

Samy Vellu mula berkhidmat dalam kerajaan sebagai timbalan menteri kerajaan tempatan dan perumahan dari 1978 hingga 1979, sebelum dilantik sebagai menteri kerja raya dari 1979 hingga 1989.

Dia kemudiannya berkhidmat sebagai menteri tenaga, telekomunikasi dan pos dari 1989 hingga 1995. Jawatan terakhirnya dalam kabinet ialah menteri kerja raya dari 1995 hingga Mac 2008. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan