Sambil membidas saranan yang memperjudikan nyawa rakyat itu, katanya kerajaan sekarang pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakub mempunyai tempoh yang selesa sehingga penggalnya berakhir selepas pertengahan tahun hadapan.
“Jelas tindakan ini akan memperjudikan nyawa rakyat untuk memenuhi cita-cita nafsu rakus untuk kerajaan terus kekal berkuasa apa sahaja akibatnya pada kebajikan dan keselamatan nyawa rakyat yang sepatutnya dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PRU15 Masa Banjir Kerana Umno Mahu Guna Jentera Kerajaan
Dua hari lalu, Zahid yang juga pengerusi BN sekali lagi mendesak supaya pilihan raya umum ke-15 diadakan tahun ini dengan berkata gabungan itu bersedia meredah banjir sekalipun pada musim tengkujuh dan hujan lebat.
Mengulas kenyataan Zahid hari ini yang mendakwa bahawa PH takut menghadapi PRU15 pada musim banjir, Raja Bahrin berkata tohmahan itu amat tidak masuk akal kerana PH lebih mementingkan keselamatan orang ramai.
“Sebenarnya apa yang Zahid ingin perolehi adalah kelebihan secara tidak adil dan salah guna kuasa menggunakan segala kemudahan jentera kerajaan seperti helikopter, bot dan lori untuk memudahkan mengangkut pengundi mereka sementara pengundi pembangkang akan terkandas dan tidak keluar mengundi.
“Kalau pada waktu biasa, mengikut contoh baru-baru ini bantuan menyelamat rakyat dilanda banjir begitu lambat, semasa pilihan raya adakah bot untuk menyelamat rakyat akan diutamakan atau bot untuk berkempen dan mengangkut pengundi akan menjadi keutamaan?” soalnya.
PRU15 Masa Banjir Kerana Umno Mahu Guna Jentera Kerajaan
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi peringatan sekiranya PRU ke-15 dilaksanakan pada November, kemungkinan rakyat bakal berdepan banjir besar kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..