Tuesday, 13 September 2022

Pemuda Umno Sanggah Pemuda PAS

Pemuda Umno Sanggah Pemuda PAS | Pemuda Umno mendakwa ahli PAS menikmati pelbagai jawatan dan peruntukan buat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ketika bersama Muafakat Nasional (MN).

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata bagaimanapun kerajaan PAS Terengganu mengenepikan wakil rakyat BN dalam peruntukan khas Covid-19.

"Semasa Umno meraikan MN banyak orang PAS merasakan jawatan seperti di Johor dan Pahang. Diberikan jawatan di pejabat menteri besar, dicipta jawatan untuk memberi kedudukan kepada PAS, tetapi lihat di Johor PAS lupa budi berpakat dengan Bersatu melawan Umno dalam pilihan raya negeri (PRN).

"Eh, jangan lupa kerajaan negeri Perlis dan Pahang juga pernah beri peruntukan kepada Adun PAS puluhan ribu sebulan ketika semaraknya MN. Malah lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) negeri juga masih dikekalkan.

"Tetapi di Terengganu, Umno Terengganu diketepikan peruntukan khas Covid-19 sehingga Umno perlu buat bising bagi mendapat sedikit dana, itupun hanya kecil berbanding Adun PAS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemuda Umno Sanggah Pemuda PAS

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci, kenyataan itu dipercayai menyanggah kenyataan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Semalam, Ahmad Fadhli berkata kerajaan Kelantan dan Terengganu terus menyalurkan peruntukan kepada Adun Umno di negeri itu meskipun kerajaan utuh tanpa sokongan Adun Umno.

Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan berkata Umno bernasib baik kerana tiada dalam kerajaan negeri pimpinan PAS, jika tidak pasti terpalit dengan “prestasi lembab” dua kerajaan negeri Pantai Timur itu.

"Kalau Umno yang perintah Kelantan, sudah pasti rakyat Kelantan dapat stesen bas baru yang selesa berbanding stesen bas binaan kerajaan PAS yang diibaratkan kandang lembu.

"Kalau kisah bab air, Kelantan dan Kedah dah hampir senasib dah," katanya. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan