Memetik seorang menteri kabinet yang tidak mahu mendedahkan identitinya, Utusan Malaysia berkata menteri daripada Bersatu dan PAS adalah antara mereka yang membantah cadangan mengadakan pilihan raya tahun ini.
Beberapa menteri juga dilaporkan tidak bersetuju dengan mengadakan pilihan raya sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt. Mesyuarat kabinet berlangsung semalam.
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan PRU15 Tahun Ini?
Bagaimanapun, menteri kabinet daripada Umno dikatakan menyokong supaya pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen atas nasihat perdana menteri.
Bagaimanapun, perlembagaan juga menyatakan bahawa Seri Paduka boleh tidak memperkenankan permohonan pembubaran itu.
Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata, bahawa tiada keputusan mengenai ketetapan tarikh PRU15, dibincangkan semalam.
Sebaliknya, mesyuarat kabinet, katanya, hanya membincangkan persiapan pengurusan banjir dan pemulihan ekonomi.
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan PRU15 Tahun Ini?
Menurut Utusan Malaysia, perkara yang sama disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.
Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim pula enggan mengulas, dengan alasan tertakluk pada sumpah rahsia rasmi kerajaan. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..