Monday, 19 September 2022

Kenapa Tiba-Tiba Umno Bela PH?

Kenapa Tiba-Tiba Umno Bela PH? | Umno tidak dapat memahami apa keperluan Presiden PAS Abdul Hadi Awang melabel pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak beriman serta tidak bermoral.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata pemimpin serta penyokong PH juga merupakan rakyat Malaysia namun Abdul Hadi melabel mereka dengan berat serta melampaui batas.

"PH bukan makhluk asing atau hantu. Mereka pun rakyat Malaysia yang dalam kalangannya ramai berniat baik dan berwibawa seperti juga dalam semua parti politik, sama ada Muslim atau bukan Muslim," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahril, adalah biasa untuk mana-mana parti politik bersaing namun ia tidak mewajarkan orang seperti Abdul Hadi melontarkan tuduhan begitu keras.

Kenapa Tiba-Tiba Umno Bela PH? 

Kata pengarah ekonomi kepada perdana menteri itu lagi, ada banyak hujah lain yang boleh digunakan Abdul Hadi untuk mengkritik PH.

Keadaan menjadi lebih sukar, katanya, apabila Abdul Hadi mendakwa amalan rasuah di negara ini banyak berpunca daripada golongan bukan Muslim dan bukan bumiputera.

Kenyataan-kenyataan berbaur provokatif tidak membantu memudahkan sebarang kerjasama dengan PAS.

"Percaturan politik itu suatu perkara, tetapi apabila ditambah dengan ideologi yang semakin jauh, sukar untuk mencari jalan.

"Barangkali perasaan sama beginilah pernah dialami oleh bekas sekutu politik PAS dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Pada 15 Sept lalu Abdul Hadi menuduh PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah pada jenamanya.

Cuma menanam rasa kebencian

Kenapa Tiba-Tiba Umno Bela PH? 

Hujah ahli parlimen Marang itu, ramai pemimpin PH "tidak beriman dan tidak bermoral" serta secara terbuka mengumpulkan "kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah" dalam kalangan mereka.

"Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga)," katanya yang pernah mengeluarkan kenyataan sangat keras kepada Umno pada awal 1981 dikenali sebagai Amanat Haji Hadi.

Shahril berkata memang ada orang tertentu dalam Umno atau PH sendiri pernah mengeluarkan kenyataan keras seperti dibuat Abdul Hadi namun perlu disedari, dalam mana-mana parti akan ada pihak yang mebuat kenyatan di luar batasan.

Namun kata Shahril, pada kebiasaannya tidak ada seorang presiden parti yang berbuat begitu.

Melihat kenyataan dibuat Abdul Hadi itu dikeluarkan secara bertulis, tambahnya, memang diyakini kata-kata tersebut bukan dibuat secara tidak sengaja.

"Dalam politik sentiasa ada serangan-serangan antara parti. Tapi tahap ini menanam kebencian terhadap sifat, bukan hanya tindakan.

Kenapa Tiba-Tiba Umno Bela PH? 

"Ia terlalu mendalam dan berpotensi menambah perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"PAS punyai pengaruh dalam masyarakat Muslim di Malaysia. Saya harap mereka gunakan pengaruh itu dengan positif, bukannya secara negatif sepertimana pernah ada dalam sejarah mereka," katanya. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan