Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa Khas) petang tadi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu.
Rosmah memfailkan permohonan serupa tahun lalu di Mahkamah Tinggi bidang kuasa jenayah. Bagaimanapun, permohonannya ditolak dan rayuannya juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Usaha Terakhir Rosmah Mansor Tidak Berjaya
Mahkamah jenayah telah menetapkan Khamis ini untuk menyampaikan keputusan dalam kes rasuah, yang akan melihat sama ada dia dibebaskan atau disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..