Wednesday, 17 August 2022

Terbongkar Pendedahan Pembelian Meriam Howitzer?

Terbongkar Pendedahan Pembelian Meriam Howitzer? | Selepas skandal kapal perang pesisir LCS bernilai RM9 billion terbongkar dan terkini pembelian senjata meriam Howitzer secara rundingan terus tidak mengikut kehendak pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula timbul.

Bahkan ada di antara pembelian dan kontrak bertentangan dengan kehendak serta keperluan teknikal dan keputusan ATM sendiri.

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Kegagalan menyifatkan projek melibatkan kementerian pertahanan melibatkan risiko melemahkan pertahanan negara serta mengadai nyawa tentera serta rakyat awam.

“Rakyat Malaysia perlu ambil tahu hal ini,” katanya.

Selepas skandal LCS, isu beli meriam Howitzer tak ikut kehendak ATM pula timbul

Hari ini Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamuddin mengumumkan beliau akan membentang cadangan menubuhkan RCI- Suruhanjaya Siasatan Di Raja, tentang kontroversi kes LCS-Kapal Tempur Persisir, di Mesyuarat Kabinet minggu ini.

Terbongkar Pendedahan Pembelian Meriam Howitzer?

“Persoalannya adakah ini usaha ikhlas untuk membendung rasuah atau semata mata sandiwara untuk mengaburi mata rakyat sebelum PRU 15?

“Kalau Kerajaan hari ini benar benar serius membendung rasuah dan salahguna kuasa, kenapakah baru-baru ini satu lagi kontrak pembelian senjata jenis ‘meriam 155 mm self propelled Howitzer’ di lakukan secara rundingan terus.

“Walaupun pihak MINDEF – Angkatan Tentera Malaysia, sendiri memohon ianya dilakukan secara tender terhad supaya pilihan yang lebih adil dan tepat boleh dilakukan?”soal beliau.

Jelasnya, pihak Kementerian Kewangan telah menolak dan tidak memenuhi permintaan dan keperluan pihak ATM sekali lagi seperti apa yang berlaku dalam skandal LCS di mana beberapa surat bantahan pihak teratas Ketua Tentera Laut tidak dijawab dan juga tidak diendahkan.

Dalam kes LCS, katanya ketetapan asal pihak tentera laut tentang jenis kapal pun ditukar oleh kerajaan tanpa persetujuan pihak tentera.

“Mengapakah amalan tidak teliti, dan mengikut keperluan teknikal pihak tentera, seperti dalam kes LCS , masih berulang dan berlaku lagi hari ini dalam kes Meriam Howitzer?

“Tidakkah kerajaan mempelajari sesuatu dari kes skandal mega RM9 billion LCS tempoh hari?”tambah beliau.

Terbongkar Pendedahan Pembelian Meriam Howitzer?

Jus”teru beliau menegaskan kerajaan perlu memberi jawapan, apa gunanya mewujudkan siasatan Suruhanjaya Di Raja untuk kes LCS jika dalam masa yang sama amalan tidak teliti, serta tidak menepati kehendak dan keperluan pihak ATM masih diteruskan dalam kes pembelian Meriam Howitzer.

“Ini melibatkan keselamatan negara, rakyat dan risiko nyawa tentera kita sebagai pengguna senjata tersebut.

“Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan mesti segera menjawab persoalan isu masalah ini yang masih berulang,” ujarnya lagi. - malaysiadateline




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan