Thursday, 25 August 2022

Saksi Kes 1MDB Keliru

Saksi Kes 1MDB Keliru | Seorang bekas pegawai kementerian kewangan mengakui di mahkamah bahawa dia tidak mengetahui ketepatan butiran dalam penyata saksi bertulisnya sendiri.

Siti Zauyah Md Desa berkata demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sebelum ini, pada 20 Jun lalu, saksi pendakwaan itu memberi keterangan - semasa membaca penyata saksinya yang disediakan - bahawa bekas menteri kewangan II, Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah enggan terlibat dalam 1MDB.

Pada 15 Jun lalu, Siti Zauyah memberi tahu mahkmamah bahawa Malaysia masih berhutang RM13.3 bilion akibat dari pinjaman 1MDB.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah pagi tadi, bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan ketika itu mengakui penyata saksi bertulis itu disediakan oleh seorang pegawai Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Saksi Kes 1MDB Keliru

Dia mengakui kenyataan itu dirangka tanpa kehadirannya dan hanya diberikan pada saat akhir untuk ditandatangani, tanpa dia mempunyai masa yang cukup untuk menelitinya terlebih dahulu.

Apabila Shafee terus menyoal balas dan mengasak Siti Zauyah, saksi itu berulang kali menjawab 'tidak tahu' dan 'tidak pasti' kepada soalan berhubung tiga dokumen berkaitan 1MDB yang dikemukakan di mahkamah yang terkandung dalam penyata saksinya.

Shafee: Adakah kamu sendiri merangka penyata saksi itu?

Siti Zauyah: Bukan, pegawai dari MOF Inc yang buat.

Shafee: Siapakah pegawai MOF Inc itu?

Siti Zauyah: Afidah Azwa dan Hasniza (nama penuh diketahui).

Shafee: Adakah kamu membaca penyata ini dan bersetuju dengannya selepas membacanya. Adakah kamu membacanya atau tidak?

Siti Zauyah: Saya hanya diberi pada saat-saat akhir dan tidak diberi (masa) untuk membaca semuanya.

Shafee: Jadi kamu tidak tahu jika semua yang dinyatakan itu adalah betul?

Siti Zauyah: Saya tidak pasti. Ia bukan dalam pengetahuan saya.

Shafee: Adakah mereka menunjukkan ini kepada kamu untuk pengesahan?

Siti Zauyah: Ia dirangka oleh pejabat saya tetapi bukan di hadapan saya, saya hanya diberi dokumen (untuk ditandatangani).

Apabila peguam bela itu bertanya sama ada saksi pendakwaan ke-26 tersebut tidak mengetahui tentang ketepatan butiran dalam penyataan saksinya atau sama ada dalam pengetahuan peribadinya, dia bersetuju.

Saksi Kes 1MDB Keliru

"Saya tidak faham kenapa saksi ini dipanggil kerana ia tidak berguna kepada kami. Perkara ini tidak membawa kami ke mana-mana.

“Ia adalah pertama kali saya bertemu dengan saksi macam ini," kata Shafee.

Peguam bela itu kemudian meminta prosiding dihentikan sebentar supaya dia boleh berunding dengan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib dan pendakwa raya lain mengenai tindakan seterusnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah kemudian menangguhkan prosiding ke petang ini.

Najib, yang juga ahli parlimen Pekan, dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan di 1MDB dilakukan oleh Jho Low dengan restu Najib.

Pasukan pembelaan, bagaimanapun, mendakwa tertuduh tidak mengetahui tentang salah laku dan keseluruhan skim penyelewengan yang didalangi oleh Low dan beberapa ahli pasukan pengurusan firma itu.

Saksi Kes 1MDB Keliru

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh pegawai Penjara Kajang. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan