Lebih menggerunkan institusi orang Melayu /Islam seperti LTAT dan Tabung Haji menjadi mangsa oleh scam perjuangan Melayu/Isle. Walaupun hanya 22 bulan, PH berjaya memulakan langkah pemulihan ke atas kedua-dua institusi ini.
Apa yang didedahkan oleh PAC ialah dari legasi era 'Bossku' sebagai PM dan Zahid serta Hishamudin sebagai MENHAN (2009-2014) ketika itu.
Parti Melayu yang melaungkan patriotism negara dan ketuanan orang Melayu bukan sahaja menipu orang Melayu tetapi membahayakan keselamatan perairan negara dengan kegagalan projek ini akibat rasuah.
Parti Melayu Tipu Melayu
LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) menjadi mangsa skandal terkini kapal tempur LCS di mana perjanjian dgn BNS (Boustead Naval Shipyard) ditandatangani pada 2014 bernilai RM 9 Bilion, sepatutnya siap 6 buah kapal pada Ogos 2022 setelah kerajaan membayar RM 6 bilion namun satu kapal pun tak sampai.
LTAT adalah untuk kebajikan veteran yang rata-rata Melayu/Islam. LTAT ada kepentingan 50.8% secara tak langsung melalui BHIC (Boustead Heavy Industry Corporation) dan 10 peratus kepentingan langsung dgn BNS. Sebelum ini LTAT dengan kewangan yang kritikal tetap memberi dividen atas campurt angan politik dan kelompok tertentu yang meraih keuntungan walaupun kebajikan tentera tidak banyak ditangani.
Arahan LTAT oleh 'Bossku' untuk membeli syarikat swasta bernilai RM 550juta untuk kuatkuasa AES yang rugi. Ini dideahkan oleh laporan PAC. PH telah selamatkan LTAT dengan menebus kembali RM550juta. Seluruh ALP dan Ketua Eksekutifnya ditukar untuk memulihkan LTAT semasa kerajaan PH.
Ketika TH (Tabung Haji) mengalami masalah kewangan yang sama, sejak 2014 dividen dibayar tinggi tidak patuh akta dan kerugian tidak direkodkan manakala keputusan dibuat dengan campurtangan politik, tiada bezanya dengan LTAT.
Parti Melayu Tipu Melayu
Peliknya TH terus diserang dan difitnah walaupun Jabatan Audit Negara untuk Kewangan TH tahun 2019,2020, 2021 memperakui kejayaan hasil penstrukturan-semula TH di bawah kerajaan PH. Buktinya TH hari ini mampu membeli bangunan Minster Building di London bernilai RM1.32B walaupun tidak disebut harga perolehan.
Sedarlah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu, kita tidak boleh kekal diperbodohkan oleh kelompok yang guna perkauman dan sentimen Melayu.
Kita perlu berhijrah kepada politik Nilai dan Ide barulah negara ini dibersihkan dari perompak dan pengkhianat yang jadikan sentimen kaum dan agama sehingga menjejaskan kebajikan pendeposit majoriti Melayu/Islam dan keselamatan negara. Cukup-cukuplah kita menjadi mangsa oleh penunggang agama dan kaum.
DR MUJAHID YUSOF ialah ahli parlimen Parit Buntar, naib presiden Amanah dan Pengerusi PH Perak.
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Mana Rafizi Bin Ramli pada 2018 dan 2019, kerajaan PH yang menanggukan dan membekukan projek tersebut sehingga menyebabkan ia lewat sebelum mereka membuat keputusan untuk meneruskannya.
ReplyDeleteSehubungan itu, Bossku bertanya mengapa PH tidak terus membatalkan projek LCS semasa menjadi kerajaan dahulu.
“Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, yang bising banyak sekarang berkenaan isu ini dulu adalah Timbalan Menteri Pertahanan, dia pernah pantau dan melawat projek LCS ini dulu. SPRM pernah siasat projek itu.
Pada Brother Anwar Bin Ibrahim, kamu sudah teruk kena main dengan Assmin dan Zuraidah dan kali ini Rafizi sedang main kan brother lagi. Sudah sudah lah tak serik lagi kah kena main dengan Tun Mahathir dan Daim Zainuddin..!?
Kenapa dulu Rafizi tidak bising macam sekarang dan sekarang baru buka mulut itu dan ini? Menteri Pertahanan PH, Mat (Mohamad) Sabu pun sama.
Rafizi (Ramli) dan Nurul Izzah (Anwar) yang kini lantang Scorpane berkenaan isu ini ke mana perginya masa PH memerintah?
Masa PH dalam kerajaan Rafizi dan DAP diam, selepas PH menang kamu masuk gua dan kini baru keluar. Kamu hanya tahu bagaimana untuk hasut rakyat.
Itu skill set Rafizi Bin Ramli sama species macam tuan baru nya Tun Mahathir Bin Mohamad. Terguling guling heret Jho Low sebelum PRU 14 bila jadi PM dlm kerajaan PH berkuasa batang hidung Jho Low pun tak nampak.
Skg ni Jho Low tepok tangan ketawa bahak bahak lihat betapa bodoh bangang nya sesama Melayu bercakaran disebabkan sekor Cina bernama Jho Low sambil berkata "Ini suma gua suda kasi bodoh sama ini pemimpin Melayu woo kah kah. kah.!!
Semua kaum Jho Low di Malaysia tuan barua Melayu nya DAP@LeeKwanYew tumpang tepok tangan angkat Jho Low pejuang hebat kaum Cina Jho Low..
Justo saksi utama 1 MDB lesap depan lubang hidung Tun Mahathir. Adakah kamu fikir rakyat boleh percaya dengan Rafizi dan Tun Mahathir.
Brother Anwar Bin Ibrahim saudara kamu Rafizi itu bukan milik kamu dan bukan milik PKR. Saudara kamu Rafizi Bin Ramli itu kuda kayu milik Tun Mahathir Bin Mohamad bersama Tun Daim Zainuddin. PKR pelihara ular sawa dalam reban ayam.
Pada Brother Anwar Bin Ibrahim sudah teruk kena main dengan Assmin dan Zuraidah dan kali ini Rafizi sedang main kan brother lagi makna kata kena game lagi dengan Tun.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mendedahkan, Boustead Naval Shipyard (BNS) masih gagal menyerahkan sebarang LCS setakat ini kepada kerajaan walaupun telah menerima bayaran RM6.08 bilion. Torwong bawah laut berbillion dah keluar torwong pun tak ujud lagi.. mana Rafizi mungkinkah nyorok masuk gua semula..?
Brother Anwar Bin Ibrahim bola di tangan kamu, pisau pun ditangan kamu. Sebelum terlambat pecat kuda kayu Tun itu si Rafizi Bin Ramli sebelum PRU 15.
PH sebenarnya sedang terdesak untuk mencari isu supaya mereka dapat kembali relevan di mata rakyat dan cuba bawa isu akauntabiliti serta kononnya mereka menentang rasuah... yg sebenarnya Tun sedang mencipan kepanasan.