Tuesday, 30 August 2022

Berita Yang Tidak Sanggup Didengari Oleh Muhyiddin

Berita Yang Tidak Sanggup Didengari Oleh Muhyiddin | Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata keputusan untuk menolak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 bukan sekadar pandangan peribadi, sebaliknya keputusan yang dibuat dalam majlis presiden PH.

Rafizi berkata demikian ketika menjawab kenyataan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam, yang menyifatkan penolakan kerjasama dengan gabungan itu adalah pandangan peribadinya sahaja.

"Yang jadi timbalan presiden PKR dan duduk dalam Majlis Presiden PH adalah saya. Yang tahu apa keputusan PH, dia (Muhyiddin).

"Keputusan untuk memberi noktah kepada sebarang perbincangan bekerjasama dengan PN ini ialah keputusan majlis presiden PH yang terakhir.

“Keputusannya ialah PH akan menguatkan gabungan ini dan masuk PRU15 sebagai PH. Noktah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Yang Tidak Sanggup Didengari Oleh Muhyiddin

Dia turut berkata ada pemimpin PN yang "memandang rendah" kalangan yang lebih muda, termasuk dirinya walaupun sudah terlibat dalam politik selama lebih 20 tahun.

"Sebab dalam PN, orang muda ini fungsinya bukan untuk membuat keputusan. Fungsi pimpinan berumur 40-an ke bawah dalam PN hanyalah mengikut telunjuk mereka yang dua atau tiga dekad lebih tua.

"Ini budaya parti yang cuba menarik undi anak-anak muda yang menjadi majoriti pengundi kali ini," katanya.

Selain itu, katanya, Muhyiddin menyangkal kenyataannya sebagai hanya pandangan peribadi kerana PN "pakar dalam bab-bab runding belakang".

"Mereka bangga dengan budaya runding belakang yang membelakangi parti-parti lain kerana budaya inilah yang membolehkan Muhyiddin jadi perdana menteri. Mereka tidak hormat soal mandat, soal pilihan rakyat atau pilihan akar umbi parti. Mereka tidak hormat demokrasi," katanya lagi.

Berita Yang Tidak Sanggup Didengari Oleh Muhyiddin

'Azmin kedua'

Mengulas lanjut, Rafizi berkata jika ada segelintir pihak dalam PH yang masih ingin mengadakan perbincangan dengan PN, itu adalah pandangan peribadi mereka.

"Kalau Muhyiddin yakin akan ada Azmin kedua dalam PH, itu juga hak beliau," katanya merujuk tindakan bekas timbalan presiden PKR itu yang keluar parti dan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, ketika kejatuhan pentadbiran PH pada 2020.

Dia juga menyangkal kenyataan Muhyiddin bahawa gesaan PN agar pembangkang bersatu untuk melawan BN adalah demi negara.

Katanya, ini kerana Muhyiddin yang menerima ahli parlimen Umno ke dalam parti itu dan membentuk kerajaan bersama-sama Umno.

"Pelawaan PN untuk bekerjasama dengan PH bukanlah untuk menyelamatkan negara, seperti yang didakwa Muhyiddin.

Berita Yang Tidak Sanggup Didengari Oleh Muhyiddin

"Ia untuk menyelamatkan jawatan dan kedudukan mereka yang mendapat jawatan hasil dari mengkhianati mandat rakyat dalam PRU14," katanya lagi. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan