Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.
Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
Sebelum ini, Cuepacs menuntut supaya kerajaan melaksanakan satu kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam susulan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan.
Portal itu juga memtik Adnan sebagai berkata, kini sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan inisiatif untuk memberi manfaat kepada penjawat awam yang telah dijanjikan.
Penjawat Awam Akan Adakan Protes Jalanan
pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;
dua kenaikan setiap tahun;
sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;
elaun pelbagai tugas;
elaun batik dan pakaian kebangsaan;
mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;
tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan
menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.
Katanya, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..