Rajapaksa bersama isteri dan dua pengawal peribadinya menaiki pesawat ke republik itu di lapangan terbang, di sini.
Terdahulu, Rajapaksa dan keluarganya melarikan diri ke negara kepulauan itu beberapa jam selepas beliau berjanji untuk meletak jawatan sebagai presiden berikutan krisis ekonomi yang berlaku.
Pemimpin berusia 73 tahun itu terbang ke Maldives menggunakan pesawat Tentera Sri Lanka bersama isteri dan dua pengawal peribadinya.
Tidak lama selepas itu, pasukan polis antirusuhan merampas semua kain rentang dan plakad serta menyuraikan penunjuk perasaan, selain seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan polis.
Ke Mana Presiden Sri Lanka Menghilang?
Menerusi sosial media dan bahagian komen dalam kebanyakan portal berita, kebanyakan rakyat Maldives menzahirkan sokongan dan solidariti bersama rakyat Sri Lanka.
Mereka turut menyelar tindakan kerajaan yang membenarkan Rajapaksa mendapatkan perlindungan di negara dan menyifatkannya sebagai ‘keputusan yang amat memalukan’.
Selain itu, pihak berkuasa negara ini juga bimbang mengenai kira-kira 8,000 rakyat Maldives yang tinggal di Sri Lanka susulan ketegangan yang berlaku.
Dalam pada itu, Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bekas Menteri Luar Sri Lanka, Ahmed Shaheed keputusan Maldives yang melindungi individu terlibat dalam jenayah dan rasuah dianggap sebagai mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat Sri Lanka dalam memperjuangkan demokrasi di negara ini.
Pengarang akhbar utama di Maldives, Ismail Naseer turut mempersoalkan mengapa kerajaan negara ini sanggup ‘merendahkan martabat’ demi melindungi Rajapaksa sedangkan jutaan rakyat negara itu dalam keadaan terdesak dan kebuluran ketika ini.
Ke Mana Presiden Sri Lanka Menghilang?
Kemarahan rakyat kedua-dua negara juga disasarkan kepada Speaker Parlimen Maldives, Mohamed Nasheed yang dilaporkan masuk campur selepas menara kawalan trafik udara negara ini enggan membenarkan pesawat yang membawa Rajapaksa mendarat.
Media tempatan melaporkan, Mohamed dilihat berada di lapangan terbang sebelum pesawat tentera yang membawa Rajapaksa mendarat kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan.
Banyak pihak mempersoalkan apa kuasa Mohamed untuk mengarahkan sama ada sesebuah pesawat itu boleh mendarat atau tidak di negara ini. – AFP
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..