Thursday, 26 May 2022

Punca Zuraida Kamaruddin Keluar Bersatu Tersebar?

Punca Zuraida Kamaruddin Keluar Bersatu Tersebar? | Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata dia akan tetap menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

"Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, saya telah memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

"Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju," katanya.

PBM dilancarkan pada 21 Dis tahun lepas dan diketuai oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng. Dengan penyertaan Zuraida dalam parti itu, PBM kini mempunyai tiga ahli parlimen dan dua ADUN.

Terdapat spekulasi mengenai Zuraida keluar Bersatu sejak akhir tahun lalu, bersama-sama dengan khabar angin mengenai kepimpinan parti yang tidak sehaluan dengannya.

Punca Zuraida Kamaruddin Keluar Bersatu Tersebar?

Spekulasi ini semakin menjadi-jadi selepas sebilangan besar anggota Penggerak Komuniti Negara - sebuah NGO yang diketuai oleh sekutu terkenal Zuraida - secara rasmi menyertai PBM.

Undur dari kabinet?

Sementara itu, Zuraida berkata dia akan bertemu Ismail Sabri tidak lama lagi untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri perusahaan, perladangan dan komoditi.

"Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan perdana menteri," katanya. -  mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan