Tahun lalu, misalnya, kenyataannya susulan insiden pertembungan dua tren LRT pada tahun lalu menyebabkan dia disingkirkan daripada jawatan pengerusi Prasarana Malaysia Bhd.
Bagi peguam Ambiga Sreenevasan, mereka yang mewakili Malaysia di negara luar perlu menjalani ujian IQ terlebih dahulu.
Perlantikan Tajuddin Abdul Rahman Satu Penghinaan Kepada Indonesia
Ketika ditanya berkenaan perkara ini kepadanya, bekas presiden Majlis Peguam itu kelihatan sukar mencari kata-kata yang sesuai untuk menyuarakan kekecewaannya berikutan pelantikan Tajuddin.
Selepas diam seketika, dia mengeluh dan berkata: “Ada orang kata yang anda boleh ketawa atau menangis tentangnya. Tapi saya pilih untuk menangis.”
“Reputasi kita yang akan dimusnahkan dengan melantik orang macam ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Ambiga berkata ia jelas merupakan lantikan politik untuk seorang yang ada pengaruh di kalangan akar umbi Umno, atau dengan kata lain mendapat ganjaran atas peranannya mengekalkan kerajaan yang memiliki majoriti tipis.
Perlantikan Tajuddin Abdul Rahman Satu Penghinaan Kepada Indonesia
“Bagaimana anda boleh lakukan perkara ini kepada negara? Tidakkah anda fikir kita perlu tunjukkan imej yang baik di luar negara? Apabila anda hantar orang yang tidak akan berbuat demikian, anda telah menggagalkan Malaysia.
“Kita bersatu (dalam menjaga imej negara). Ini tiada kaitan dengan agama atau kaum. Seluruh negara akan mendapat malu,” katanya lagi. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..