Beliau berkata pihak MyCC telah memulakan penyiasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.
“Penemuan daripada penyiasatan ini akan dibentangkan kepada anggota-anggota Suruhanjaya yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
Patutlah Harga Ayam Mahal.. Ini Puncanya
Nanta berkata sekiranya didapati tuduhan kartel itu mempunyai asas yang kuat, MyCC dijangka mengeluarkan Keputusan Cadangan di bawah Seksyen 36 akta sama dan pihak yang disiasat akan diberi ruang untuk mempertahankan diri mereka melalui sesi representasi bertulis dan lisan sebelum suruhanjaya membuat keputusan muktamad.
Beliau berkata sekiranya didapati melanggar seksyen itu, mereka boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus dari jualan produk atau perkhidmatan selama mana pelanggaran itu berlaku.
Nanta juga berkata laporan sebuah portal berita semalam bahawa terdapat kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam adalah tidak tepat kerana kes itu masih disiasat dan belum dapat dibuktikan lagi.
Mengenai penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mana-mana individu dan syarikat yang menyorok, menyimpan atau melakukan unsur-unsur sabotaj terhadap bekalan ayam, Nanta berkata kementeriannya melalui Bahagian Penguat Kuasa memberi jaminan akan menjalankan siasatan sekiranya wujud elemen perlanggaran terhadap akta itu di semua rantaian bekalan dan peruncitan.
Katanya akta ini juga akan diguna pakai terhadap mana-mana penjual yang mengenakan syarat dan menjual harga barangan kawalan melebihi harga ditetapkan.
Sementara itu, Nanta berkata KPDNHEP menyambut baik saranan dan langkah penyelesaian dikemukakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Mesyuarat
Patutlah Harga Ayam Mahal.. Ini Puncanya
Kabinet semalam untuk menangani isu bekalan dan harga ayam.
Beliau berkata KPDNHEP sedia bekerjasama dengan mana-mana kementerian dan agensi yang berkaitan untuk bersama-sama mencari dan melaksanakan tindakan penyelesaian bagi merealisasikan saranan berkenaan.
Kerajaan bersetuju mengambil beberapa tindakan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi isu bekalan serta harga ayam termasuk eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. - bernama
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..