Perkara itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Akhtar Tahir, melalui prosiding penghakiman persetujuan membabitkan kes saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf Wajdi.
Ia merupakan hantaran dibuat bekas timbalan menteri di JPM itu di Facebook pada 30 Sept 2019 bertajuk “Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan”.
Ketua Pemuda Umno Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Mujahid
Selain itu kata Noorazmin, turut direkodkan di mahkamah ialah Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun Facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataan sebelum ini.
"Saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf yang difailkan pada 19 Nov 2019 berhubung dengan tuduhan Asyraf Wajdi di Facebook miliknya bahawa wujudnya penjualan saham Tabung Haji (TH) di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika Mujahid menjawat jawatan sebagai menteri agama," katanya.
Selain Noorazmir, Mujahid juga diwakili peguam Atiqa Azmi, manakala Asyraf Wajdi diwakili peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob.
Sementara itu Asyraf Wajdi dalam kenyataan di Facebook hari ini tampil menjelaskan naib presiden Amanah itu telah membuat penjelasan kepadanya yang tiada pelupusan saham TH dalam TNB ketika itu dan mereka sudah mencapai kesefahaman.
Ketua Pemuda Umno Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Mujahid
"Memandangkan isu berkenaan saham TH di dalam TNB telah diperjelaskan Mujahid dan juga selaras dengan perkembangan mutakhir yang mana isu-isu lain berkenaan aset-aset TH sedang di siasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), saya dengan ini menarik balik hantaran tersebut dan berharap agar Hantaran tersebut dan/atau isu pelupusan saham TH dalam TNB yang dibangkitkan di dalam hantaran tersebut tidak lagi dibangkitkan pada masa akan datang," katanya. -mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..