Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata ketika ini parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula “menang-menang” antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.
“...dalam pertemuan awal (antara parti) sudah ada petanda yang agak memberangsangkan, mereka ada persediaan untuk berbincang cuma kita belum selesai lagi cara macam mana hendak bentuk satu persefahaman untuk mengelakkan pertembungan.
"Kalau matlamat kita yang penting untuk negara, maka pimpinan parti lain seharusnya boleh berfikiran sama dan mereka sudah menunjukkan reaksi yang agak positif tapi belum lagi kita perhalusi untuk macam mana cara jalinan kerjasama itu hendak dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersatu di Kuala Lumpur semalam.
Jumaat lepas, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata gabungan itu bersedia untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU15.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang menggesa kepimpinan PH untuk tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata isu kerjasama antara PH dengan PN tidak sepatutnya timbul memandangkan PN masih sebahagian daripada blok kerajaan. - bernama
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..