The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.
“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.
"Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial," katanya dipetik sebagai berkata.
Hakim Disiasat Oleh SPRM
Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai "kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya".
Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.
Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa Nazlan adalah saudara kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Anak perempuan Mahathir, Marina bagaimanapun menafikan perkara itu.
Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.
Hakim Disiasat Oleh SPRM
Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu tahun lepas. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..