Ahmad Jazlan berkata, ini kerana ia suatu komplot pemusnahan karekter secara jahat dan kotor oleh Perikatan Nasional (PN).
Terdahulu dokumen itu antara lain mengandungi dakwaan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dan seorang lagi pemimpin parti dengan beberapa pemimpin Umno, Bersatu dan Pejuang antara 24 Mac dan 7 April.
Dokumen itu antara lain mendakwa seorang ahli politik memberitahu pemimpin PAS bahawa peguam negara dan ketua hakim negara setuju untuk mempercepatkan kes dan pemenjaraan Zahid dan Najib.
Dokumen PASLeak Memalukan Negara?
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Peguam Negara serta individu lain yang dinamakan dokumen itu untuk mendapatkan maklum balas berkenaan perkara ini.
Samsuri bagaimanapun menafikan dakwaan dalam dokumen itu tetapi pada masa sama mengaku ada bertemu dengan beberapa individu yang dinamakan.
Sementara itu Ahmad Jazlan berkata pihaknya turut mendesak PAS memberi penjelasan di atas dakwaan yang menurutnya amat mengejutkan dalam dokumen yang tular itu.
"Pendedahan ini menunjukkan adanya campur tangan di dalam 'kes rekaan' yang sedang dihadapi oleh dua pemimpin utama Umno sekaligus akan memberi gambaran bahawa PAS dan Bersatu berniat jahat dengan mencampuri sistem perundangan negara dengan cara yang kotor," katanya yang juga anggota Parlimen Machang. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..