Friday, 25 March 2022

Petanda Makin Hampir Parlimen Akan Dibubarkan

Petanda Makin Hampir Parlimen Akan Dibubarkan | Timbul spekulasi terdapat perbincangan beberapa menteri Umno berkaitan idea pembubaran parlimen, susulan desakan selepas usul kerajaan ditolak Dewan Rakyat, kelmarin.

Bagaimanapun, menteri terlibat menafikannya dengan berkata mereka hanya bersarapan pagi bersama-sama di sebuah hotel di Putrajaya, sementara menunggu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat kabinet. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican memberitahu Malaysiakini, kebiasaannya mesyuarat kabinet diadakan pada jam sembilan pagi tetapi dilewatkan ke sepuluh pagi kerana Ismail menghadiri perhimpunan Hari Polis.

“Jadi sementara (nak tunggu) itu, kita breakfast (sarapan). Itu saja. “Lepas breakfast kita sembang saja,” katanya ketika dihubungi.

Petanda Makin Hampir Parlimen Akan Dibubarkan

Seorang lagi menteri yang enggan namanya didedahkan juga memberitahu Malaysiakini perkara sama.

Mereka berkata demikian sebagai memberikan pengesahan dan penjelasan berhubung berita yang mengatakan terdapat perbincangan pembubaran parlimen.

Laporan tersebut menyebut antara menteri yang turut dilihat hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar serta Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno berkata mereka sedia menunggu untuk pilihan raya selepas memorandum persefahaman (MOU) kerajaan dan PH tamat pada 31 Julai depan.

Bagaimanapun, keadan berubah selepas pembangkang mengundi menolak usul kerajaan bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, yang menyebabkan kerajaan kalah undi.

Usul itu berkaitan tempoh penahanan tanpa bicara 28 hari.

Sebelum ini, Annuar berkata PH telah melanggar MOU, justeru pilihan raya umum harus diadakan.

Petanda Makin Hampir Parlimen Akan Dibubarkan

‘Takkan nak cari hotel mudah dihidu’

Sementara itu, Reezal berkata, jika mereka mahu berbincang membubarkan parlimen, sudah tentu ia akan diadakan di tempat yang lebih sukar dihidu.

“Kita cari hotel (tempat sarapan) pun yang dekat dengan (tempat mesyuarat) kabinet,” katanya.

Dengan nada berseloroh, ahli parlimen Kepala Batas berkata bahawa sekiranya terdapat perbincangan sedemikian, mustahil ia diadakan secara terbuka atau di lokasi yang boleh dikesan media. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan