Wednesday, 23 March 2022

Kenapa Umno BN Makin Gentar Dengan Pembangkang.. Ini Puncanya

Kenapa Umno BN Makin Gentar Dengan Pembangkang.. Ini Puncanya | Menjelang pemilihan PKR pada Mei ini, Rafizi Ramli yang akan bertanding jawatan timbalan presiden sedang membentuk sebuah pasukan merangkumi beberapa nama besar parti.

Menurut beberapa sumber daripada parti, 'cai' Rafizi menampilkan empat calon naib presiden, seorang ketua pemuda (AMK) negeri, ketua Wanita, timbalan AMK dan timbalan Wanita.

"Dua Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chang Lih Kang berada dalam pasukan Rafizi bagi jawatan naib presiden.

“Sementara, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan timbalan ketua penerangan Manivanan Gowin merupakan dua lagi calon untuk empat jawatan naib presiden dipertandingkan semasa pemilihan parti.

Kenapa Umno BN Makin Gentar Dengan Pembangkang.. Ini Puncanya

"Bagi sayap Wanita, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail diangkat sebagai calon ketua Wanita dan Ahli Dewan Negara Fadhlina Sidek untuk jawatan timbalan ketua Wanita.

"Sementara Ketua AMK Pulau Pinang Fahmi Zainol akan berganding dengan Adun Rawang Chua Wei Kiat masing-masing untuk jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda," katanya kepada Malaysiakini.

Selepas beberapa ketika meninggalkan gelanggang politik, bekas Rafizi yang pernah menjadi ahli parlimen Pandan mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Rafizi yang memegang jawatan naib presiden PKR sebelum ini berkata dia mengambil keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik selepas kegagalan Pakatan Harapan (PH) di empat pilihan raya sebelum ini, dengan yang terbaru di Johor.

Rafizi sebelum ini pernah bertanding bagi jawatan timbalan presiden pada tahun 2018 namun tewas kepada Mohamed Azmin Ali.

Azmin kemudian meninggalkan PKR melalui 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan antara punca kerajaan PH tumbang selepas memerintah 22 bulan.

Kenapa Umno BN Makin Gentar Dengan Pembangkang.. Ini Puncanya

Diramalkan, Rafizi akan dicabar oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution bagi jawatan kedua tertinggi dalam parti.

Sementara itu, sumber memberitahu bahawa Rafizi akan mengumumkan senarai pasukannya dalam masa terdekat.

"Pada pemilihan parti 2018, pasukan ini bertanding bertemakan Reformasi 20 Tahun (R20T).

"Kali ini mereka akan mengumumkan tema baru sebelum turun berkempen," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas pihak-pihak yang dinamakan dalam 'cai' ini. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan