Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diambil itu seperti mencari salah parti pembangkang untuk dikenakan kompaun.
Katanya, tiga kompaun itu membabitkan kesalahan tidak menyediakan laluan keluar masuk, penceramah tidak memakai pelitup muka semasa berceramah serta tiada penjarakan sosial.
“Amanah Johor berpendapat SOP PRN ini biarlah munasabah dan praktikal di samping penguat kuasa menggunakan budi bicara termasuk ambil tindakan terus menegur kesalahan di lokasi dan bukannya selepas majlis berakhir.
Ceramah Mega PH Di PRN Johor Dikenakan 3 Kompaun
“SOP mesti ada justifikasi dan naratif munasabah. Kita minta SOP PRN Johor dilaksanakan dengan adil antara pembangkang dan parti pemerintah. Ini kerana ada program-program Barisan Nasional (BN) yang disiarkan media sosial pun secara jelas dan mempunyai video tiada penjarakan sosial, berucap pun tidak pakai pelitup dan ada pula yang menari beramai-ramai,” katanya di sini hari ini.
Ceramah mega PH itu dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz.
Malam tadi, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru mengeluarkan kompaun RM3,000 kepada penganjur ceramah PH di Taman Mutiara Rini itu kerana melanggar SOP ketika kempen PRN Johor.
Menurut wakil penguat kuasa PKD Johor Bahru, walaupun kompaun sudah dikeluarkan PH boleh membuat rayuan terhadap kompaun berkenaan.
Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, PH tidak mahu berkonfrontasi dengan pegawai penguat kuasa mahupun pihak berkuasa, namun dilihat pembangkang seolah-olah menjadi sasaran mereka.
Tambahnya, kes tersebut akan dipanjangkan ke Unit Perundangan untuk diteliti sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Ceramah Mega PH Di PRN Johor Dikenakan 3 Kompaun
“Presiden (Mohamad) juga akan membawa isu ini ke sidang Parlimen kerana ia tidak adil kepada parti pembangkang. Soal penceramah perlu memakai pelitup muka contohnya tidak dinyatakan secara khusus dalam SOP dan apabila saya minta penguat kuasa tunjukkan dalam SOP yang dikeluarkan, mereka gagal berbuat demikian.
“Secara peribadinya, SOP ini tidak praktikal kerana penceramah akan mengalami kesukaran bernafas ketika memberi ceramah malah kedudukan penceramah juga jauh daripada hadirin,” katanya. – utusan
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..