Saturday, 12 March 2022

BN Menang PRN Johor Kerana Blok Pembangkang Berpecah

BN Menang PRN Johor Kerana Blok Pembangkang Berpecah | Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN telah memenangi 28 daripada 56 kerusi DUN, jumlah minimum yang diperlukan untuk majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Ditambah dengan sejumlah kerusi yang sedang didahului BN, tidak mustahil bagi BN meraih majoriti dua pertiga dalam PRN ini. Sebanyak 38 kerusi perlu dimenangi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Sementara itu, ibu pejabat Umno Johor di Johor Bahru bergema dengan laungan 'bubar Parlimen' selepas keputusan tidak rasmi memberi bayangan bahawa BN akan menang besar.

Hadir pada majlis itu adalah perdana menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno.

BN Menang PRN Johor Kerana Blok Pembangkang Berpecah

Dia bagaimanapun tidak memberi sebarang perhatian terhadap kumpulan yang melaungkan supaya Dewan Rakyat dibubarkan.

Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menggesa supaya perdana menteri mengambil keputusan segera dengan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan


panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan