"Pertengkaran dalaman Umno Melaka bukan rahsia kepada rakyat Melaka, dan jawatan ketua menteri negeri Melaka sering dikatakan dalam rebutan oleh pemimpin Umno Melaka yang lain.
Kerk merujuk kepada laporan The Vibes yang mendakwa bahawa Sulaiman kecewa kerana keputusan utama kerajaan dibuat tanpa persetujuannya dan sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan.
BN Melaka Bergolak.. Ini Buktinya?
Dakwaan itu mempunyai persamaan kepada sebab kejatuhan kerajaan sebelum ini yang terdiri daripada Umno dan Bersatu ketika itu.
Tahun lepas, sekumpulan Adun Umno dan Bersatu telah keluar daripada kerajaan. Antara dakwaan mereka ialah Sulaiman dikawal oleh orang lain.
Ini menyebabkan Sulaiman kehilangan majoritinya dan mendorongnya untuk mengadakan PRN, yang dimenangi BN dengan selesa apabila meraih 21 daripada 28 kerusi pada November lalu.
Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dikaitkan sebagai individu yang mengawal Sulaiman.
Ab Rauf menafikan secara terbuka dakwaan itu semasa kempen BN.
Semasa kempen, terdapat spekulasi bahawa Ab Rauf boleh menjadi ketua menteri tetapi kepimpinan pusat akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan Sulaiman.
Bagaimanapun, dakwaan itu kembali muncul dengan spekulasi bahawa Sulaiman telah ditolak dan sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan.
Laporan itu menyatakan bahawa jika Sulaiman meletakkan jawatan, Ab Rauf mungkin mengambil alih jawatan berkenaan.
BN Melaka Bergolak.. Ini Buktinya?
Kerk berkata gerakan politik itu adalah bercanggah dengan mesej kempen BN tentang kestabilan politik.
"Hanya beberapa bulan yang lalu, pilihan raya negeri Melaka diadakan kerana 4 orang ADUN kerajaan Melaka menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.
"Kini, hanya bulan ke-4 kerajaan baru negeri Melaka ditubuhkan, jawatan Ketua Menteri Melaka dan pentadbiran kerajaan negeri Melaka pula dikatakan dalam krisis," katanya. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..