Umno Makin Kecut Di PRN Johor | Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Pakatan Harapan (PH) cuba menumpang imej muda Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan memberi laluan kepada parti itu.
Katanya, perkara itu secara tidak langung diakui melalui pemberian sembilan kerusi oleh PKR, DAP dan Amanah untuk pilihan raya Johor 12 Mac ini.
“DAP, Amanah dan PKR menumpang imej Muda untuk dilihat muda.
“Sebab itu mereka sanggup serah sembilan kerusi kepada Muda.
“Itu pengakuan iaitu sayap pemuda PH seperti AMK dan Pemuda DAP adalah gagal,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Umno Makin Kecut Di PRN Johor
Semalam, DAP dan Amanah memberi laluan kepada Muda di enam kerusi, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.
PKR pula menawarkan tiga kerusi - yang tidak dinamakan buat masa ini. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Iklan Teks
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..