Friday, 11 February 2022

Tarikh Pilihanraya Umum 15

Tarikh Pilihanraya Umum 15 | Tempoh Parlimen sekarang akan tamat adalah pada Mei 2023. Enam puluh hari selepas itu wajib diadakan PRU15. Maknanya Julai 2023 paling lewat PRU15 wajib diadakan.

Macam-macam perbahasan mengenai bila PRU15 akan diadakan. Parti Umno yang mengepalai kerajaan sekarang terdapat dua kumpulan yang bertentangan kehendak atau pendapat bila PRU15 patut diadakan.

Satu kumpulan mahu PRU15 diadakan secepat mungkin, kalau boleh esok. Kumpulan ini pula terbahagi kepada dua kelompok yang mahu PRU15 diadakan segera.

Satu daripadanya ialah kumpulan kluster Mahkamah. Ada dua sebab mereka mahu diadakan PRU15 sekarang. Pertama ia menjamin mereka boleh menjadi calon dan bertanding pada PRU15, sebelum kelayakan bertanding ditarik apabila disabit kesalahan. Ini termasuk presiden Umno sendiri Datuk Seri Zahid Hamidi. Setakat ini yang tidak lagi layak bertanding ialah Datuk Seri Najib Razak.

Manakala yang kedua adalah, jika PRU15 diadakan sekarang, kuasa surat watikah berada dalam tangan presiden.

Tarikh Pilihanraya Umum 15

Presiden Umno sekarang juga berkuasa memilih calon-calon. Jika PRU15 diadakan selepas pemilihan PAU, kedudukan Presiden Umno sekarang belum tentu selamat. Pasti ada yang mencabar jawatan atau bertanding kerusi Presiden parti Umno.

Maka puak ini berangan-angan bahawa BN/Umno akan kembali menang besar jika PRU15 diadakan cepat. Jika menang, maka kumpulan kluster mahkamah akan terselamat. Alasan untuk selamat adalah dengan memberi sebab dakwaan terhadap mereka adalah konspirasi politik sedangkan mereka-mereka ini konon bersih suci seperti kain putih.

Sebab mereka mungkin semua adalah daripada golongan orang yang beriman. Inilah sebabnya mereka bermati-matian mahu PRU15 disegerakan. Mereka pun duit banyak. Beli undi masih menjadi amalan. Ada duit dan ada kuasa senang menang. Inilah akidah politik orang berkuasa dan kaya.

Manakala satu lagi kumpulan yang menyalak-nyalak mahu PRU15 di segerakan, adalah kumpulan yang tidak berstatus wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan atau GLC. Mereka juga gian tengok yang lain-lain berjawatan dan bergaji besar. Mereka ini juga sebahagian besarnya adalah penyokong presiden Umno sekarang.

Jika bertukar presiden, belum tentu mereka dapat jadi calon. Maka mereka kuat bersuara agar PRU15 disegerakan, seolah-olah mereka tahu kononnya BN akan menang kembali dan mereka dapat jadi YB dan berbagai pangkat.

Manakala PM Ismail Sabri pasti bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno. Jika PRU15 diadakan lebih awal, PM Ismail Sabri tidak ada kuasa memilih calon-calon Umno PRU15. Nasib PM Ismail Sabri juga dalam tangan kluster Mahkamah, Zahid Hamidi dan di belakang Najib Razak. Maka dari segi perhitungan politik, pemilihan PAU dulu adalah strategi terbaik kerana kumpulan yang menentang kepimpinan kluster Mahkamah akan melakukan apa saja untuk memilih presiden baru. Kemudian baru PRU15.

Tarikh Pilihanraya Umum 15

Anggota kabinet dari Umno pun mahu pemilihan PAU diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15. Nasib mereka juga seperti ikan goreng kepanasan dalam kuali. Belum tentu mereka selamat jadi calon kerana ada yang celupar menyerang Zahid Hamidi Presiden Umno dan Najib Razak. Ada yang langsung tidak tunjuk rasa hormat kepada presiden Umno.

Ismail Sabri pun mahu menjadi PM selama yang boleh. Sudah mula rasa syok sebagai PM. Tetapi menjadi perhitungan PM Ismail Sabri juga jika diadakan PRU15 segera, adakah BN boleh menang? Kumpulan yang mahu PRU15 disegerakan berpegang pada alasan kemenangan besar BN di Melaka dan pembangkang agak bercelaru sekarang. Sebab itu PRN Johor diadakan.

Namun bila ada PRU15, ia tidak sama dengan PRK atau PRN. Kekuatan tenaga Umno tidak boleh dikumpulkan seperti PRK dan PRN. Malah jika BN menang di PRN Johor, tidak bermakna masa PRU15, BN akan menang juga.

Masing-masing menjaga dan bertanding di kawasan masing-masing. Isu rakyat dan negara berada di tahap yang paling teruk. Malaysia sudah dinobatkan sebagai negara rasuah Tersohor di dunia.

Isu harga barang-barang keperluan naik, isu cara mengurus Covid-19 dan vaksin, ekonomi negara merundum dan hutang negara sudah lebih RM1 trillion. Rakyat semua tahu Malaysia sudah menjadi negara sakit yang sukar di ubati.

Dengan terlaksana juga pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik, golongan anak-anak muda dilihat anti-establisment dan majoriti tidak menyokong parti pemerintah. Tapi BN yakin mereka ada cara untuk menarik anak-anak muda. Tunggu dan lihat. Apakah 'cash is king" akan digunakan untuk meraih sokongan anak-anak muda?

Tarikh Pilihanraya Umum 15

Walau apapun, dengan niat mahu kekal lama sebagai PM, ada hasrat untuk menjadi presiden Umno dan tidak yakin BN boleh menang besar jika diadakan PRU15 segera dengan berbagai kemelut politik dan ekonomi dalam negara, maka diyakini PRU15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pastinya selepas PAU untuk memilih kepimpinan baru Umno.

Pasti semua yakin PM Ismail tidak berani mengambil risiko yang teramat besar kerana kekalahan BN adalah kekalahan PM Ismail. Kumpulan PN juga menyokong PM Ismail dan PH juga tidak mahu PRU15 diadakan sehingga tamat tempoh sehingga Mei 2023.

Tidak mungkin ahli-ahli parlimen Umno termasuk pihak-pihak kluster mahkamah akan menarik sokongan terhadap PM Ismail kerana jika mereka berbuat demikian, bermakna mereka menjatuhkan kerajaan mereka sendiri, iaitu Umno. Sanggupkah mereka berbuat demikian?

Maka atas huraian hujah-hujah secara tidak memihak pada mana-mana pihak, Putra berpendapat tidak ada PRU15 dalam masa terdekat dan mungkin parlimen tidak akan dibubar sehingga tamat tempoh pada Mei 2023. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan