Sunday, 13 February 2022

Rupanya Setiap Hari PATI Masuk Malaysia

Rupanya Setiap Hari PATI Masuk Malaysia | Hampir setiap hari terdapat kes penyeludupan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara jiran dari Indonesia terutamanya ke Malaysia. 

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo dalam satu pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Acryl Sani Abdullah ketika membincangkan isu pekerja asing itu pada akhir Januari lalu.

Memetik laporan CNA, pihak berkuasa menegaskan cubaan warga Indonesia memasuki Malaysia secara haram bukan sesuatu yang luar biasa.    

Jurucakap tentera laut Laksamana Pertama Julius Widjojono dalam satu temubual bersama CNA mendedahkan pihak berkuasa berjaya memintas sekurang-kurangnya empat percubaan warga Indonesia menyusup masuk ke Malaysia secara haram dalam tempoh tiga bulan lalu.

Katanya, pihak berkuasa sudah melakukan beberapa operasi serbuan membabitkan satu di Batam dan tiga di Sumatera termasuk insiden tentera Indonesia berjaya memintas cubaan 34  warga Indonesia yang menaiki bot  pada 7 Februari lalu. 

Rupanya Setiap Hari PATI Masuk Malaysia

Sementara itu, ketua agensi perlindungan pekerja asing Indonesia (BP2MI), Benny Rhamdani berkata, PATI yang cuba memasuki negara jiran secara haram biasanya menyebabkan kemalangan bot.

Katanya, sekurang-kurangnya lima nahas bot yang mengakibatkan puluhan warga Indonesia maut antara Disember 2021 sehingga Januari lalu.  

Berdasarkan beberapa PATI di temubual, tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan menjadi antara punca utama golongan itu cuba menyusup masuk ke Malaysia. – agensi



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan