Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, tawaran itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan prihatin dan tidak sibuk bermain politik yang jelas tidak memberi manfaat kepada mereka.
“Sebuah kerajaan penyayang bermaksud apa juga keperluan rakyat baik dari sosial, pendidikan dan ekonomi, kita kena betul-betul cari satu penyelesaian yang memberi impak kepada rakyat secara positif,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Punca Parti Pejuang Pesaing Di PRN Johor
Mukhriz berkata, antara fokus Pejuang adalah untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Johor yang menyaksikan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menurun dua tahun berturut-turut akibat pandemik Covid-19.
Mengulas berkenaan keputusan untuk bertanding secara solo Mukhriz berkata, tindakan itu bertujuan mengelakkan Pejuang terpaksa berkompromi dengan parti gabungannya dalam melaksanakan semua janji kepada pengundi.
Menurutnya, ini kerana mengambil iktibar daripada pengalaman berada dalam Bersatu yang tidak dapat menunaikan sepenuhnya janji kerana perbezaan pendapat dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
“Contohnya di Johor, penting juga untuk sekolah agama kerajaan negeri mendapat peruntukan lebih, pastikan guru-gurunya gaji cukup, kebajikan pelajar terbela. Kalau kita sebahagian daripada gabungan, ia mungkin boleh timbul masalah,” katanya.
Punca Parti Pejuang Pesaing Di PRN Johor
Terdahulu, Pejuang mengumumkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara solo.
Jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu adalah yang tertinggi dalam kalangan parti pembangkang malah menyamai jumlah kerusi yang ditandingi Umno dengan kesemuanya melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..