Thursday, 17 February 2022

Punca Muhyiddin Tak Bertanding PRN Johor Tersebar

Punca Muhyiddin Tak Bertanding PRN Johor Tersebar | Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir kerana mahu memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin berkata, beliau pada masa sama bersedia menjadi penasihat ekonomi kepada negeri Johor sekiranya PN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Katanya, sesiapa pun yang akan menjadi calon Menteri Besar bagi PN tidak menjadi masalah kerana gabungan itu mempunyai agenda besar untuk rakyat Johor yang memerlukan pengundi memilih mereka demi masa depan yang cerah.

“Saya tidak bertanding (DUN) kerana saya nak tumpu di Pusat, mana tahu kalau Tuhan kata kunfayakun balik semula jadi Perdana Menteri. Tetapi kena tunggu PRU-15 diadakan.

Punca Muhyiddin Tak Bertanding PRN Johor Tersebar

“Namun saya akan bantu di Johor, siapa bakal Menteri Besar PN, tidak kira siapa dia (tetapi) adalah orang yang layak, saya boleh jadi penasihat ekonomi supaya Johor yang terkesan akibat Covid-19 hingga ratusan ribu rakyat sudah jadi miskin tiada pendapatan, saya berjanji PN akan buat sesuatu.

“Maksud saya kita ada agenda besar untuk rakyat sebab itu slogan kita gunakan untuk PRN ‘Demi Bangsa Johor’. PN akan berusaha sedaya upaya mungkin bantu supaya Johor jadi negeri paling cemerlang, gemilang sehingga rakyatnya maju, disegani dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pentas PN DUN Tenggaroh di Felda Tenggaroh 3, malam tadi. Turut hadir Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Tambah Muhyiddin, UMNO perlu dikalahkan lebih teruk pada PRN Johor berbanding kekalahan semasa PRU-14 kerana masa untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah berlalu walaupun satu masa dahulu parti itu yang ditubuhkan di Istana Besar Johor pernah mencipta sejarah.

“Itu UMNO dahulu sekarang UMNO sudah koyak rabak, UMNO sekarang sudah tidak berupaya lagi, nampak ok tapi dalaman penuh bermacam-macam barah, rasuah, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Punca Muhyiddin Tak Bertanding PRN Johor Tersebar

Kata beliau, idea pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN Johor adalah daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum mahu meneruskan agenda menguasai kerajaan Pusat pada PRU-15.

Menurutnya, beliau sudah mengetahui akan ada PRN sebelum DUN dibubarkan, walaupun melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana pembangkang tetap menyokong kerajaan negeri walaupun hanya mempunyai kelebihan satu kerusi.

“Saya tengok tidak ada masalah walaupun dengan majoriti satu kerusi. Saya lihat di Johor luar biasa kerana pembangkang pun sokong kerajaan negeri, bukan sahaja sokong Belanjawan Johor 2022 tapi sokong belia 18 tahun bertanding sebagai calon pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, semua calon PN yang bertanding pada PRN Johor akan mengangkat sumpah bebas rasuah dan salah guna kuasa seperti yang dipraktikkan sejak PRN Melaka bagi memastikan mereka yang dipilih bertanding bebas daripada segala isu integriti.

Punca Muhyiddin Tak Bertanding PRN Johor Tersebar

“Calon-calon kita nanti kena angkat sumpah menyatakan tidak akan melakukan salah guna kuasa, rasuah. Saya buat di Melaka dan saya akan buat di Johor. Maknanya calon kita adalah calon yang bersih. Kalau kita bentuk kerajaan, Insya-Allah kita nak bentuk kerajaan yang bersih,” katanya. – utusan





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan